Banner created with MyBannerMaker.com

Sunday, February 19, 2012

Selsema dan Resdung.

Selsema  dan resdung.


Selsema (rhinorrhea) adalah penyakit akut yang melibatkan lapisan membran hidung (nostril) dan mungkin juga melibatkan rongga sinus. Ianya boleh terhasil dari dedahan kepada habuk dan juga jangkitan kulat, virus atau bakteria. Selsema menyebabkan rembesan mukus yang berlebihan menyebabkan lelehan berlebihan pada hidung. Selsema boleh diiringi oleh simptom lain seperti demam, batuk dan sakit kepala.

Resdung merujuk kepada perkara yang sama hanya berbeza jangkamasanya. Resdung bersifat berterusan (kronik ) dan mungkin dari masa ke semasa diiringi selsema, demam dan sakit kepala yang teruk. Ia boleh melibatkan rongga hidung sahaja (allergic rhinitis ) atau rongga-rongga sinus ( Sinusitis ). Ianya boleh berpunca dari agen-agen alahan dari persekitaran, jangkitan kulat, bakteria dan virus. Akibatnya pesakit akan mengalami gejala berikut:

    •           Gatal hidung dan sekitar mata.
    •           Selalu bersin terutamanya diawal pagi atau pada dedahan habuk dan debunga.
    •            Hidung berair seperti selsema dalam tempoh yang lama.
    •      Sakit kepala terutamanya kepada penghidap sinusitis akibat saluran-saluran sinus yang tersumbat kerana rembesan mukus yang berlebihan.


Sinus adalah rongga-ronga yang terdapat pada tulang tengkorak manusia. Ianya dipenuhi dengan udara. Selaput membrane didalam rongga ini sentiasa merembeskan cecair yang mengalir keluar melalui terowong-terowong ( tunnel) yang berhubung terus ke rongga hidung (nostril). Dalam keadaan alahan dan jangkitan rembesan ini meningkat dan menyebabkan tekanan pada rongga sekiranya terowong-terowong ini terlalu kecil atau tersumbat menyebabkan sakit kepala yang berterusan. Di dalam bahasa perubatan moden penyakit ini di sebut sebagai SINUSITIS.


 Rongga hidup terbentuk sedemikian rupa untuk memerangkap habuk dan kotoran. Lapisan hidung ini sentiasa mengeluarkan rembesan mukus untuk melembapkan udara yang masuk sebelum ke paru-paru. Dalam keadaan alahan atau jangkitan rembesan ini akan keluar secara berlebihan dan menghasilkan selsema dan batuk. Yang berterusan. Di dalam bahasa sains ianya disebut sebagai ALLERGIC RHINITIS. 






No comments:

Post a Comment